Tuesday, February 24, 2009

Artikel Utusan Sarawak

Tajuk: Bidasan Kepada Artikel Utusan Sarawak Pada 18 Febuari 2009

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua terutamanya kepada wartawan/penulis Utusan Sarawak iaitu Encik Johnson Kadam. Tujuan saya di sini adalah untuk membidas atau memperbetulkan sedikit apa yang terkandung dalam artikel yang dikeluarkan oleh Utusan Sarawak pada 18 Febuari 2009 yang bertajuk “Penentuan Hujung Mac – Pekerja Western Digital Hilang Pekerjaan atau Sebaliknya?”.

Untuk pengetahuan En. Johnson bahawasanya semua pekerja WD sudah dan ada juga yang bakal menerima notis yang bertajuk “DEFERMENT OF RETRENCHMENT DATE” yang diedarkan oleh pihak pengurusan WD. Apa yang terkandung di dalam notis tersebut, adalah satu berita yang tidak mengembirakan untuk semua pekerja WD di mana tidak terdapat tarikh yang spesifik dinyatakan sampai bilakah penangguhan ini berlaku. Walaupun jangkamasa hingga akhir bulan Mac dinyatakan di dalam MEMO melalui email yang telah dihantar tetapi jangkamasa tersebut hanyalah merupakan satu matlamat persetujuan antara WD dengan pembeli yang berminat memeterai perjanjian jual-beli syarikat. Tetapi hakikatnya semua pekerja masih dalam keadaan berisiko di mana penangguhan ini berlaku ke satu tarikh yang tidak diketahui. Notis tersebut umpama satu notis terbuka yang tiada penghujungnya. Adakah ini satu strategi pihak atasan WD? Sengaja dilakukan supaya apa-apa perubahan semuanya terpulang kepada mereka dan pekerja tidak mempunyai kuasa untuk menyatakan atau melakukan apa-apa tindakan. Adilkah tindakan pihak pengurusan itu? Itu belum dikira kepada impak ‘maksima’ yang berlaku terhadap pekerja kerana tiada siapa yang tahu bilakah tarikh keramat itu tiba. Apa ingin saya nyatakan, semua pekerja seperti “bergantung tidak bertali”. Bagaimanakah pengakhirannya? Maka tidak dapat dinafikan pelbagai spekulasi-spekulasi yang berlaku. Tetapi siapakah yang bersalah? Bagi saya pihak pengurusan/atasan WD adalah penyebab perkara ini berlaku dan dengan tidak langsung semua pekerja telah terjebak dengan jerat yang mereka pasang sebagai strategi untuk tidak mahu menanggung kerugian.

Tidak patutkah para pekerja berasa marah, kecewa dan merana oleh tindakan mereka? Tidakkah anda rasa ini umpama satu penipuan yang dirancang dengan teliti? Atau adakah ini juga satu konspirasi politik?

Memang benar apa yang dinyatakan oleh pekerja yang menawarkan diri untuk ditemubual dalam artikel berkenaan iaitu hilangnya motivasi dan konsentrasi pekerja dengan komitmen kerja yang diberi, tetapi untuk pengetahuan anda tidak semua pekerja yang hanya hadir ke tempat kerja tanpa melakukan apa-apa kerja kerana juga terdapat segolongan pekerja yang terpaksa bekerja kerana golongan ini merupakan golongan yang berada di bawah pemerintahan atau pengurusan ‘kuku besi’. Bukan juga mereka tidak berani atau tidak mahu memberontak tetapi mereka merupakan golongan yang terdedah dan mudah disasar oleh pihak pengurusan untuk diambil tindakan. Golongan terbabit kebanyakannya adalah dari golongan pekerja yang mempunyai tanggungan keluarga. Jadi adilkah untuk mereka? Bagaikan ‘jatuh ditimpa tangga’. Di mana ‘hati budi’ pihak pengurusan?

Ya, saya juga bersetuju dengan pendapat beliau kerana betapa berkesannya strategi manipulasi pihak atasan WD di mana semua pekerja mengalami impak yang negatif dari perancangan yang mereka lakukan. Tetapi ingin saya bertanya kepada pihak media, adakah wajar untuk para pekerja membuat perancangan masa depan yang bakal mereka hadapi selepas diberhentikan kerja? Di mana mereka bukan sahaja berdepan dengan masalah dalam mencari pekerjaan tetapi mereka juga berdepan dengan masalah ekonomi global, harga makanan dan barang keperluan yang kian meningkat di samping bersaing untuk mencari nafkah untuk keperluan hidup? Ya, kerana masyarakat kini harus membuat perancangan yang sebaik mungkin untuk menjamin masa depan yang cerah yang bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk generasi akan datang. Ini merupakan tanggungjawab, dan ini bererti pekerja WD SO1 sanggup untuk memikul tanggungjawab ini sekiranya mereka dibuang kerja kelak. Tetapi apa yang paling mendukacitakan ialah usaha ini tidak dihargai oleh pihak atasan kerana penundaan yang kerap kali dilakukan telah membuat perancangan mereka tergendala di samping memberi kerugian akibat daripada tindakan pihak atasan yang tidak beretika. Memang juga tidak dapat dinafikan ada juga terdapat pekerja yang ingin pergi melancong dan bercuti kerana pada pendapat saya mereka berhak untuk membelanjakan duit mereka kepada sesuatu yang mereka rasa berbaloi untuk dibuat. Mungkin ada juga yang tidak sedar bahawa dengan pergi bercuti mereka dapat merehatkan minda dan perasaan sebelum mereka menempuh kehidupan baru selepas diberhentikan kerja.

Berbalik dengan hal pampasan, ramai yang tertanya-tanya adakah mereka berhak untuk menerima 1.5% sedangkan dari surat pakej yang diberi, mereka akan menerima 1.25% pada hari akhir bekerja dan 0.25% selebihnya akan dibayar dalam masa 60 hari itupun bersyaratkan dengan sekiranya penutupan kilang berlaku dengan lancar.Tetapi dengan situasi yang menyakitkan hati ini, para pekerja berdepan dengan risiko untuk 0.25% untuk tidak dibayar kerana terdapat pekerja yang memberontak dan sebagainya. Persoalannya, adakah 0.25% ini merupakan satu ugutan supaya semua pekerja perlu tunduk dengan setiap keputusan atau arahan yang diberi oleh pihak pengurusan atau pihak atasan?

Akhir sekali ingin saya nyatakan bahawa pekerja WD SO1 sekarang amat terdedah dengan risiko dan secara tidak langsung menjadi mangsa kerana terjebak dalam perangkap pihak majikan. Jadi, saya rasa sekiranya diberi peluang semua pekerja WD S01 yang terlibat dan menjadi mangsa ini ingin sekali untuk menyatakan pendirian mereka dan dilema mereka secara terus kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Tan Sri George Chan Hong Nam atau Menteri Muda, Datuk Haji Daud Abdul Rahman.

Sekian. Terima kasih.

Friday, February 20, 2009

26 Februari 2009

Seperti yang kita tahu, tarikh 26 Februari 2009 adalah tarikh keramat untuk UNION bersidang. Tempat, tarikh telah dipilih dan surat sudah diedarkan. Terujakah anda untuk menyertai perjumpaan ini? Tepuk dada tanya selera. Sebagai penulis blog ini, niat saya adalah untuk mengajak saudara - saudari untuk menyertai UNION. Ramai takut atau ragu - ragu menyertai UNION kerana kurang info tentang pergerakan UNION. Jika UNION telah didaftarkan, kenapa berdiam dan kurang publisiti dibuat? Jika UNION memerlukan penyertaan yang besar kenapa harus hanya orang tertentu sahaja yang diberitahu? Berpuak - puak, pilih bulu atau geng tertentu saja? Saya berharap dari perjumpaan ini nanti, hala tuju kita sama, iaitu menuntut pampasan yang dijanjikan dan pekerja ditawarkan kerja oleh kilang yang bakal mengambil alih kelak. Kepada geng UNION, sila pancing pekerja - pekerja yang masih lagi dalam keadaan atas pagar. Selamat bersidang!

Thursday, February 19, 2009

VSS is for security

Why VSS is so in demand?
1. Our future lies in the package given by the company - to move on with our lives
2. To have peace of mind - no more grievances and uncertainties
3. To seek for better job - new environment
4. To cushion the impact of economic downturn - WD is not sailing smooth, can Hitachi do it better?
5. To get away from being labled as "employee of WD" - are you proud to be known as WD (formerly known as Komag USA or soon maybe as Hitachi(formerly known as WD) ?
6. Can the new company secure all jobs and no retrenchment being made later if they take over?
7. Employees are emotionally demoralized and depressed - how do they able to perform better if their future is uncertain?
8. VSS is the value of employee to the company - that is my experience, my expertise, my life, my plans, my my my my right

If the company is not giving the VSS, please secure our jobs.

Tuesday, February 17, 2009

Union Bernafas?

Tajuk: Adakah Persatuan Pekerja WD SO1 Benar-benar Wujud?

Mengenai tajuk di atas, dengan apa yang berlaku kepada semua pekerja sekarang maka saya ingin mempersoalkan sama ada Persatuan Pekerja WD SO1 ini benar-benar wujud atau erti kata lain sebagai satu persatuan pekerja yang diiktiraf berdasarkan undang-undang Malaysia di bawah Undang-undang Pekerja Malaysia?

Dari pemerhatian yang dibuat, jika persatuan pekerja ini benar-benar wujud, di manakah ahli AJK penting persatuan pada malam 16 Febuari 2009 yang lalu? Terutamanya presiden persatuan. Kenapa hingga sampai bantuan polis dipanggil untuk meredakan suasana perbincangan pada malam tersebut? Mengapa rakan seperjuangan kita yang marah telah menjadi mangsa di mana mereka dilabel sebagai ‘perusuh’? Kenapa situasi malam itu berada di luar kawalan?

Jika pekerja-pekerja hendak menyalahkan HB Ong yang bertindak diluar batasan dasar etika sebagai golongan profesional, maka kita sepatutnya sebagai pekerja WD memang telah sedia maklum dengan sifat-sifat pihak atasan kita yang memang dari dahulu tidak mengamalkan sifat yang bermoral. Penipuan, bercakap bohong, mungkir janji dan manipulasi memang sudah menjadi kepakaran dan darah daging mereka. Saya rasa dalam majority pekerja SO1 bersetuju dengan pendapat di atas. Tetapi sekiranya persatuan ini benar-benar wujud serta diiktiraf, rakan kita tidak akan dianggap ‘perusuh’ atau ‘perosak’ komuniti pekerja SO1. Ini kerana jika persatuan ini sudah diiktiraf, maka pihak persatuan mempunyai kuasa untuk masuk campur urusan pihak pengurusan yang mana hak-hak pekerja harud ditegakkan oleh mereka.

Selain itu pada 17 Febuari 2009, kesemua pekerja seharusnya telah diwakilkan oleh pihak persatuan mana mereka dianggap mempunyai kuasa untuk bersuara secara sah, tetapi di manakah mereka?

Wahai rakan-rakan seperjuangan, saya betul-betul keliru dan kecewa kerana saya di antara salah seorang pekerja yang menerima sepucuk surat atau notis perjumpaan yang dianjurkan oleh pihak persatuan untuk membincangkan hal pakej VSS dan peluang pekerjaan yang bertempat di Rajah Court pada 26 Febuari 2009 (sila lihat lampiran). Bila dibaca dengan teliti, En. Zayeed yang merupakan pemangku Setiausaha ada menyatakan dalam surat/notis tersebut bahawa Persatuan Pekerja WD SO1 telah Berjaya ditubuhkan secara rasminya. Makin mengelirukan, di manakah mereka pasa saat-saat genting pada masa MEMO dikeluarkan pada 16 Febuari 2009 pada 4.18 petang? Kenapa situasi malam 16 Febuari 2009 lalu tidak ada wakil yang tampil sehingga keadaan menjai kelam kabut? Dan masih juaga tiada wakil persatuan yang kelihatan yang membela nasib pekerja-pekerja semasa sesi komunikasi antara pekerja dengan pihak atasan yang dijalankan secara berperingkat, sehinggakan kesemua pekerja terlibat ditawarkan surat/notis yang berkehendakkan mereka menandatangani surat/notis tersebut? Saya rasa kekeliruan dan kekecewaan saya ini juga dirasa oleh semua pekerja yang terlibat.
Tujuan saya di sini bukan hendak mengeruhkan keadaan tetapi saya di antara pekerja yang berhak dibela sekiranya memang ada kewujudan persatuan pekerja ini. Ingin saya mengutarakan di sini kepada pihak persatuan supaya bertindaklah sewajarnya, dengan cepat dan telus. Belalah nasib pekerja kita dan bersatulah antara kita supaya pihak atasan atau yang berkenaan tahu apa yang ingin disuarakan oleh para pekerja. Siapa? Pilihannya adalah di antaranya ialah PIHAK ATASAN/PENGURUSAN WD, JABATAN TENAGA RAKYAT, JABATAN BURUH, BADAN PENCEGAH RASUAH, KERAJAAN NEGERI SARAWAK, PIHAK WARTAWAN, AHLI-AHLI POLITIK, walaupun sehingga ke tangan PM atau TIMBALAN PM MALAYSIA sekalipun jika terpaksa. Tepuklah dada tanya selera. Tapi yang pasti semua harapan pekerja-pekerja umpama ‘embun dihujung tanduk’. Tetapi apa yang pasti para pekerja pasti berpuas hati sekiranya usaha ini dapat dilaksanakan dengan segera

Monday, February 16, 2009

Penindasan Hak Pekerja

  • Objektif Artikel:
    PENINDASAN TERHADAP HAK PEKERJA WD SARAWAK OPERATION

    Adakah ini satu konspirasi? Dan patutkah kita berdiam diri?

    Mari kita buat penilaian…

    Zaman Komag
    RM700, 000.00 dibelanjakan untuk pembinaan galeri di Komag Lobby
    RM1 juta dibelanjakan untuk sistem SAP
    RM3-5 juta dibelanjakan untuk Plating Blending System

    Tetapi semuanya tidak bertahan walaupun setahun, kerana Komag diambil alih oleh WD. Jadi di manakah pendirian pihak pengurusan Komag pada waktu itu? Yang juga merupakan pengurusan kita pada hari ini? Kenapa belanjawan ini tidak ditangguh supaya Komag cash flow dipertahankan? Adakah ini satu konspirasi?

    Zaman WD
    Cuti bergaji (annual leave) ditolak disebabkan Plant Shutdown – yang merupakan event yang dibuat oleh pihak pengurusan. Jadi, patutkah kita menanggung kerugian disebabkan keputusan pengurusan? Dan bagi yang kehabisan cuti, mereka terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menguruskan keperluan peribadi? Patut kah? Dan tidak semena-mena, ini juga melibatkan jumlah duit VSS pada masa akan datang?
    Union – adalah salah satu sebab mengapa SO1 ditutup. Ini bukan kata kosong kerana management telah mengaburi mata pekerja dengan e-Voice Out dan JCC. Tidak kah anda merasa yang hak anda ditipu? Tidak cukup kah hak-hak pekerja diambil yang hanya untuk membela nasib pekerja?
    Dengan bermacam-macam usaha yang diambil oleh HB Ong yang angkuh dan sekutunya untuk mengatasi masalah union dan masalah kepercayaan pekerja, maka kita diberhentikan? Siapa yang bersalah? Haruskah kita berdiam diri? Disebabkan management sendiri yang mengalami masalah dalaman, pekerja yang dijadikan mangsa?
    Jika masalah Ekonomi Global, kenapa gaji managers tidak dikurangkan demi kebaikan cash flow syarikat yang dilakukan oleh syarikat besar yang lain seperti SEAGATE? Kenapa NPI masih menjalan evaluation dengan lebih aktif? Bukankah patut syarikat yang dikatakan ‘efficient’ membuat perancangan belanjawan yang lebih effective?

    Dan sekarang, kita dijadikan mangsa sekali lagi di mana hak kita dipergadaikan untuk SELF INTEREST pihak management di mana SO1 employees akan di’JUAL’ kepada new management kerana tidak mahu membayar pakej VSS yang sepatutnya dibayar dalam masa beberapa hari lagi? Bagi Krew 5, sepatutnya dalam masa 24 jam?? Patut kah kita BERDIAM DIRI LAGI?

    Disebabkan penutupan WD, apa yang WD management dapat lakukan untuk pekerja yang....
    Pekerja yang telah ditawarkan bekerja diluar WD yang gajinya lebih rendah dari gaji yang sedia ada ?
    Pekerja yang telah membuat pinjaman peribadi untuk memulakan perniagaan kecil untuk menampung hidup selepas VSS ?
    Pekerja yang telah menjual harta peribadi seperti rumah atau kereta untuk mereka menyeimbangkan perbelanjaan ?
    Pekerja yang dalam dilema di mana telah bersetuju menerima tawaran kerja ?
    Pekerja yang telah menempah tiket kapal terbang untuk perancangan percutian selepas VSS diumumkan ?
    Pekerja yang terpaksa menyewa rumah kerana tidak mampu untuk berpindah ke rumah baru kerana takut tidak mampu membayar bulanan?
    Notis retrenchment date yang telah ditunda sebanyak EMPAT kali – 17 Disember 2008, 9 Januari 2009, 4 Februari 2009 dan semalam 16 Februari 2009?
    Reputasi pekerja yang ditawarkan bekerja terpaksa menangguh sebanyak 3 kali dan akhirnya menolak tawaran tersebut?

    Patutkah MEMO yang bertajuk DEFERMENT OF RETRENCHMENT DATE dihantar pada Isnin 2/16/2009 pada 4.18 petang sedangkan pekerja Krew 5 sepatutnya menerima cek pakej VSS masing-masing pada Selasa 2/17/2009? Pengumuman yang kurang dari 24 jam? Wajarkah tindakan mereka? Bagaimana dengan 90% lagi pekerja yang akan diretrench pada 20 Februari ini, yang diberitahu 3 hari sebelum hari terakhir?

    Tidakkah ini menyebabkan EMOTIONALLY AND PSYCHOLOGICALLY DAMAGE? HOW ABOUT THE FACT LOSSES? TRAUMATISE AND CAUSED GRIEVACES? Adakah pekerja SO1 senang ditipu atau dipermainkan?

    Soalannya, di manakah pendirian pihak management yang dikategorikan sebagai EMOTIONALLY INTELLIGENCE AND PROFESSIONAL TEAM? Dan di manakah Union sedangkan hak-hak pekerja dipertikaikan? Tetapi sebagai pekerja yang ada HAK, HARUSKAH KITA BERDIAM DIRI LAGI?