Tuesday, February 24, 2009

Artikel Utusan Sarawak

Tajuk: Bidasan Kepada Artikel Utusan Sarawak Pada 18 Febuari 2009

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua terutamanya kepada wartawan/penulis Utusan Sarawak iaitu Encik Johnson Kadam. Tujuan saya di sini adalah untuk membidas atau memperbetulkan sedikit apa yang terkandung dalam artikel yang dikeluarkan oleh Utusan Sarawak pada 18 Febuari 2009 yang bertajuk “Penentuan Hujung Mac – Pekerja Western Digital Hilang Pekerjaan atau Sebaliknya?”.

Untuk pengetahuan En. Johnson bahawasanya semua pekerja WD sudah dan ada juga yang bakal menerima notis yang bertajuk “DEFERMENT OF RETRENCHMENT DATE” yang diedarkan oleh pihak pengurusan WD. Apa yang terkandung di dalam notis tersebut, adalah satu berita yang tidak mengembirakan untuk semua pekerja WD di mana tidak terdapat tarikh yang spesifik dinyatakan sampai bilakah penangguhan ini berlaku. Walaupun jangkamasa hingga akhir bulan Mac dinyatakan di dalam MEMO melalui email yang telah dihantar tetapi jangkamasa tersebut hanyalah merupakan satu matlamat persetujuan antara WD dengan pembeli yang berminat memeterai perjanjian jual-beli syarikat. Tetapi hakikatnya semua pekerja masih dalam keadaan berisiko di mana penangguhan ini berlaku ke satu tarikh yang tidak diketahui. Notis tersebut umpama satu notis terbuka yang tiada penghujungnya. Adakah ini satu strategi pihak atasan WD? Sengaja dilakukan supaya apa-apa perubahan semuanya terpulang kepada mereka dan pekerja tidak mempunyai kuasa untuk menyatakan atau melakukan apa-apa tindakan. Adilkah tindakan pihak pengurusan itu? Itu belum dikira kepada impak ‘maksima’ yang berlaku terhadap pekerja kerana tiada siapa yang tahu bilakah tarikh keramat itu tiba. Apa ingin saya nyatakan, semua pekerja seperti “bergantung tidak bertali”. Bagaimanakah pengakhirannya? Maka tidak dapat dinafikan pelbagai spekulasi-spekulasi yang berlaku. Tetapi siapakah yang bersalah? Bagi saya pihak pengurusan/atasan WD adalah penyebab perkara ini berlaku dan dengan tidak langsung semua pekerja telah terjebak dengan jerat yang mereka pasang sebagai strategi untuk tidak mahu menanggung kerugian.

Tidak patutkah para pekerja berasa marah, kecewa dan merana oleh tindakan mereka? Tidakkah anda rasa ini umpama satu penipuan yang dirancang dengan teliti? Atau adakah ini juga satu konspirasi politik?

Memang benar apa yang dinyatakan oleh pekerja yang menawarkan diri untuk ditemubual dalam artikel berkenaan iaitu hilangnya motivasi dan konsentrasi pekerja dengan komitmen kerja yang diberi, tetapi untuk pengetahuan anda tidak semua pekerja yang hanya hadir ke tempat kerja tanpa melakukan apa-apa kerja kerana juga terdapat segolongan pekerja yang terpaksa bekerja kerana golongan ini merupakan golongan yang berada di bawah pemerintahan atau pengurusan ‘kuku besi’. Bukan juga mereka tidak berani atau tidak mahu memberontak tetapi mereka merupakan golongan yang terdedah dan mudah disasar oleh pihak pengurusan untuk diambil tindakan. Golongan terbabit kebanyakannya adalah dari golongan pekerja yang mempunyai tanggungan keluarga. Jadi adilkah untuk mereka? Bagaikan ‘jatuh ditimpa tangga’. Di mana ‘hati budi’ pihak pengurusan?

Ya, saya juga bersetuju dengan pendapat beliau kerana betapa berkesannya strategi manipulasi pihak atasan WD di mana semua pekerja mengalami impak yang negatif dari perancangan yang mereka lakukan. Tetapi ingin saya bertanya kepada pihak media, adakah wajar untuk para pekerja membuat perancangan masa depan yang bakal mereka hadapi selepas diberhentikan kerja? Di mana mereka bukan sahaja berdepan dengan masalah dalam mencari pekerjaan tetapi mereka juga berdepan dengan masalah ekonomi global, harga makanan dan barang keperluan yang kian meningkat di samping bersaing untuk mencari nafkah untuk keperluan hidup? Ya, kerana masyarakat kini harus membuat perancangan yang sebaik mungkin untuk menjamin masa depan yang cerah yang bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk generasi akan datang. Ini merupakan tanggungjawab, dan ini bererti pekerja WD SO1 sanggup untuk memikul tanggungjawab ini sekiranya mereka dibuang kerja kelak. Tetapi apa yang paling mendukacitakan ialah usaha ini tidak dihargai oleh pihak atasan kerana penundaan yang kerap kali dilakukan telah membuat perancangan mereka tergendala di samping memberi kerugian akibat daripada tindakan pihak atasan yang tidak beretika. Memang juga tidak dapat dinafikan ada juga terdapat pekerja yang ingin pergi melancong dan bercuti kerana pada pendapat saya mereka berhak untuk membelanjakan duit mereka kepada sesuatu yang mereka rasa berbaloi untuk dibuat. Mungkin ada juga yang tidak sedar bahawa dengan pergi bercuti mereka dapat merehatkan minda dan perasaan sebelum mereka menempuh kehidupan baru selepas diberhentikan kerja.

Berbalik dengan hal pampasan, ramai yang tertanya-tanya adakah mereka berhak untuk menerima 1.5% sedangkan dari surat pakej yang diberi, mereka akan menerima 1.25% pada hari akhir bekerja dan 0.25% selebihnya akan dibayar dalam masa 60 hari itupun bersyaratkan dengan sekiranya penutupan kilang berlaku dengan lancar.Tetapi dengan situasi yang menyakitkan hati ini, para pekerja berdepan dengan risiko untuk 0.25% untuk tidak dibayar kerana terdapat pekerja yang memberontak dan sebagainya. Persoalannya, adakah 0.25% ini merupakan satu ugutan supaya semua pekerja perlu tunduk dengan setiap keputusan atau arahan yang diberi oleh pihak pengurusan atau pihak atasan?

Akhir sekali ingin saya nyatakan bahawa pekerja WD SO1 sekarang amat terdedah dengan risiko dan secara tidak langsung menjadi mangsa kerana terjebak dalam perangkap pihak majikan. Jadi, saya rasa sekiranya diberi peluang semua pekerja WD S01 yang terlibat dan menjadi mangsa ini ingin sekali untuk menyatakan pendirian mereka dan dilema mereka secara terus kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Tan Sri George Chan Hong Nam atau Menteri Muda, Datuk Haji Daud Abdul Rahman.

Sekian. Terima kasih.

29 comments:

  1. Aku rasa David Bekam tok time skool dolok suka gilak ular time subjek math dan ekonomi sampe asas dalam Bisnes nak paling simple pun xtauk.. Dalam bisnes ada kaedah tawar menawar jadi sebab yalah 78 bulan ya wujud. Lekak ya akan berlaku tawar menawar...memang kita x akan dapat 78 tapi sekurang2nya kita akan dapat lebih dari 1.5. Ya la ko bodusss gilak. pa tek lamak gilak keja kilang sampe otak bekarat.. benda basic ya pun xtauk. mun ko jual umah..jual jak ngn aku ke.. maybe ko berik rega Rm1.50 ajak.. mukakakaka. Budak2 mana boleh bagi duit banyak2.

    Mun ko berani gilak gi la bekokok kedak jalak lenteng... sak eko penuh taik. Kat sitok kan main gik bisin.. dah berdepan ngan sidak management kecut perut. Bisin x bertempat. Cgek gik.. pakenak mengenak janggut ngan union? adakah sampe peribadi org nak diungkit.. Aku rasa bagus ko gi tanya mak bapak, nenek datuk atau kawan2 ko yang penah keja kat semenanjung dan join union.. tanya sidak apa kebaikan union k...

    Bagi aku sidak atasan union yalah wira x didendang, mereka sanggup dihina, dimaki, sampe rumah pun kenak baling batu.. masa off sidak kamboh nait turun tangga, jumpa org ya org tok. Meeting sampe pagi...hinggakan xda masa nak berehat ngan anak bini. Bukannya kedak David bekam ya.. baling batu sembunyi tangan.. dah dasar pengecut tek.

    Pasal penulis blog tok juak.. riya bukan main agik hentam sidak union tegal x molah apa2 mlm 16.2 ya. Apa ko ingat dgn molah kecoh dpt untungkah? Agik pun benda camyalah diharap sidak wd.. mun dah ada rusuhan..terus tutup kilang tanpa pampasan. Dah pekerja merusuh..pahal nak bayar pampasan. Lepas ya ko xtauk yang polis datang mlm ya, mereka target nak tangkap org kuat union. Sebab mun dah pekerja molah rusuhan mesti union yang tukang cucuk. Mun dah sidak kenak tangkap.. sapa nak molah keja? Nak harapkan David bekam pengecut ya? atau nak harapkan ko? tak yah mimpi la.. agikkan dalam blog tok x berani nak dedahkan dirik. Lepas tok kita nangga nya delete x komen tok..? mun delete juak bermakna ko x layak jadi pemimpin.. sebab takut kena kutuk.

    Dibelakang union ada peguam yg berik nasihat apa yang perlu dibuat. Jadi sebab yalah yuran Rm10 dikenakan.. xkan nak bayar pake air liur..David bekam ko pun gaji dibayar ngan air liurkah? yerkkk... (anti rusuhan...lain kali pikir dulu sebelum tulis k..boh sekati jak tulis.. asal dengar org kata A terus aok ajak.) Tegal RM10 pun nak kecoh.. sak gaji ribu2.. Mun benda bait kan main susah nak ekot.. nak jaik tek.. x diajak pun terhegeh2 nak molah.

    k la kepada sapa2 yg baca komen tok dan masih was2 pasal union.. korang gi tanya sapa2 yg penah join union.. tanya sidak apa kebaikan union.. boh tanya org kedak David bekam ya.. nya pa tauk.. ngeco tauklah. Kepak dah nyawa ku ngerepak ngan org yg otak bekarat tok... budusssss..

    ReplyDelete
  2. hm...
    bro...
    pasal union yaa..yup..ada membantu tp sapa msh ragu yaa..apa yg diragu?
    Union ditubuh ekot syarat kerajaan..n join pn x salah dlm undang2...
    ingat tok jak..kita keja dlm swasta bukan govt..
    Knk mok salahkn union walhal..mun union dpt majoriti..pekerja di atas management yaa..
    n stiap langkah management nk molah keptusan akan di follow up oleh union...phm?
    so xda isu union tok jd tukang cucok...
    ingat 1.25 or 1.50 untuk pampasan sblm tok..union yg tolong dptkan..mun ekot kiraan WD..nang dikit tauk x? x sampey rm50k odo keja 10 thn..pke ya jak bah...
    dek dek keja 1-2 th..btapa kecik nya...
    x plu kita argue..kita plu bsatu dlm negak hak kita...

    ReplyDelete
  3. yup..betul ya.. tapi ada spesies nak xphm atau buat2 xpham sebab mereka ada agenda sendiri..

    ReplyDelete
  4. may god bless u all. amen

    ReplyDelete
  5. should post in Engrrrish so that all can read...

    ReplyDelete
  6. Orang molah union, sebab company masih ada. Kitak orang molah union, sebab company mok tutup. Mun company sik jadi tutup, kitak orang yang join union terpaksalah bekerja tanpa nerima pampasan, kan? Malas dah ku menjawab kitak orang, masih agik bersuluh di siang hari...

    ReplyDelete
  7. to david bekam....

    nothing much to say to you...

    you has the brain but not been fully utilize coz you can't think abaout what's good for all..

    may god open your heart ASAP before you regret on what's your decision is..

    ReplyDelete
  8. Nang bangang david bekam tok.. tapi x pa ku dah tauk ko sapa!! ko tauk kah berapa kali dah union mok di tubuhkan.. baruk nektok di luluskan.. u lah manusia plg bengong ku nangga.. mun berani ready ko samurai ko.. ko bunuh jak org2 union.. byk cakap ko tok.. mun x suka union DIAM JAk!! yang ko nak bising2 ya ada wd berik ko duit extra kah.. aku nok x join union pun x sebodo kau.. berik malu org sarawak jak.. bgs ko diam dlm utan bercampur dgn org utan kali paham bahasa dr kau.. bukan nya ssh nak crk kau d wd ya.. mun rasa dirik pelir x cacat tunjuk ko muka ko, jgn berani dlm blog jak nang kdak pondan lah ko tok eh.. Bgs ko diam kerja lah rajin2.. ko kan org kuat wd tek nak, mun sampe output ko juak yang dapat duit dr wd nak.. ku nak tyk ko ko lah david bekam!! ada sik cdak wd berik ko duit nyuruh ko anok cdak union? berapa ribu,juta o billion.. haha.. u r nothing bak kata HB ong!!

    ReplyDelete
  9. http://www.theborneopost.com/?p=48314

    MTUC worries about compensation demand
    By Lim How Pim

    KUCHING: Malaysian Trade Union Congress (MTUC) Sarawak branch has expressed concern about several employees of Western Digital (WD) Media (Malaysia) Sdn who asked for compensation following the company’s decision to close down last December.

    Its secretary Andrew Lo feared that this group of workers, who was believed to be getting high salaries, would ruin the efforts of the company to seek a new buyer and continue operations here.

    He felt that these employees should not make “unreasonable and unjustified” demand - urging WD management to release compensation for retrenchment - since an international company was expected to close a takeover deal.

    “As far as MTUC Sarawak is concerned, we fully support the effort of WD to get a new buyer as it is always our priority to keep the workers employed,” he told The Borneo Post here yesterday.

    He made these remarks in response to recent reports that some employees of WD demanded for compensation promised for closing down, whether or not there was a new buyer.

    These employees also called on the state government to intervene should WD fail to release the compensation.

    Lo stressed that the branch was working hard to prevent any closure of plants or companies so that Sarawakians could keep their jobs.

    “It is very suspicious that those employees who demanded for compensation are highly paid and because they are after money, they might jeopardise the takeover deal.

    “What these employees have done is not in the best interest of the company, other employees, and the economy of Kuching,” he said, claiming that they had personal agenda.

    Recently, an employee of WD, who wished not to be named, said: “Whether WD finds a buyer or not, the company should fulfil its promise to pay the compensation.

    “We don’t mind starting all over again with lower pay under a new management for as long as WD pays our compensation.

    “How can you expect us to work productively under such pressure? Even if there is a new management, we’ll be unhappy and this will not be fair to the new owner,” he said.

    On Tuesday, Deputy Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan revealed that an international company would buy the electronic company at Sama Jaya Free Industrial Zone within weeks.

    He believed this would offer hope to some 1,500 workers of WD who feared that they would be out of jobs amid the global economic downturn.

    “A buyer is on the verge of making a deal with WD and about to close a deal soon. We should know within weeks. It’s an overseas company, a big company,” he told reporters here.

    Dr Chan, who is also Minister of Industrial Development, said with the buy-over, employees would not be retrenched and it would be up to the company to pay compensation to its employees for changing management.

    A US-based company, WD took over Komag Sdn Bhd one-and-a-half years ago while Komag was set up in the 1990s.

    ReplyDelete
  10. bersuluh di siang hari di rumah david bekam.... kali si bekam tok diam dalam gua ndak? patut sik tauk pa2,apa erti UNION.union jack tauk kau ndak sebab kau ASUK kerajaan BROOKE@urg putih...

    ReplyDelete
  11. abeh la pekerja wd knak jual

    ReplyDelete
  12. http://www.theborneopost.com/?p=48314 ...LOLX, too many hipokrit... LOLX

    ReplyDelete
  13. Ha ha ha..aku rasa sidak Union patut jwb hal tok coz sidak yg deal ngan sidak MTUC n sidak WD management. Apa2 pun alasan, biar sidak ambik tindakan. Jgn jak alasan sidak MTUC main palat...tapi aku rasa mesti ada sebab kenak MTUC molah mcm ya ngn sidak Union.

    So, Union sila jwb. Dah kitak orang tok melebel dirik empun begai urg terpelajar gilak tek nak, berkamceng ngn sidak MTUC lah, ada lawyer terrer lah...makey duit membership pakey mayar lawyer lah....apa2 jak lah. Tapi bila Borneo Post emarik, srang Union sik bebunyi...jgn kata nak melawan MTUC, melawan miak sik mok register Union ya pandeylah...tapi aku rasa tetap sik adil. Sik semena-mena aku dlm golongn pekerja WD yang molah "permintaan melampau" kata MTUC tek..dah lah seSerawak baca newspaper...nang bodo lah kerja miak WD tok...tapi, setauk aku sidak Union yg bersuara bagi pekerja WD tek...apa ndak dirondeng sidak Union ya...madah dah fight tapi belom pa2 dah jd loser...LLLOOOOOSSSEEEERRRR!!!...Klah, lak ku nulis agik..Muuuuuaaakkkssss...

    ReplyDelete
  14. aku x tauk pa jadi n pa padah kitakurg...tapi aku dah lari dr WD..lamak x lah lamak..keja nang best kat sia...ari jumat ada pesen show..hehehe...tapi nang sik adil lah pa polah WD kat kitakurg...aku baca blog tok pun ada juak rasa geram...david bekam ya nang paloi juak...ney da kilang U.S yg ada dalam melesia tok nak molah UNION...daknya takut ngan UNION,aku rasa david bekam tok tali barut dak WD...sukati urg lah bila nak molah UNION...tek sama juak ko keja ngan dak WD..mun besar dapat pmpasan,ko juak untung...nak madah skolah,rupa cam sik skolah...ko tok yahudi nak...pa nak jadi ngan ko tok...ko tok taip x pk dolok lah...

    ReplyDelete
  15. cibaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  16. Mr.Lo dah kena undertable moneyyyyyyyyyyyyyy....memang Mr.Lo Lo SUPPORT company saya lo...jangan lupa...wat i said las time...U R NOTHING............

    ReplyDelete
  17. nampaknya sidak union si dapat madah apa2, keputusan perbahasan dalam blog tok dimenangi oleh david bekam.... MTUC sik nyokong union... sidak pro union kalah teruk... hurayyyyy untuk david bekam dan booooooooo untuk pro union... apa nok dipadah oleh david bekam selama tok memang benar dan ada point, sempadin..... bagus sidak yg masuk yg dah bertaubat, withdraw balit duit keahlian, ne tauk kelak duit ya dimakan oleh sidak president. Abang presidan ia lah lawyer kitak orang. Duit ya dibahagi nya duak. ia lah sebenar plan presidant tok dari awal2 agi. cuba kitak ngitung katakan 500 orang ahli darab rm10. tiap2 bulan agi.

    ReplyDelete
  18. union dah bisuk...union dah bisuk...union dah bisuk...union dah bisuk...union dah bisuk...union dah bisuk...union dah bisuk...union dah bisuk...union dah bisuk...union dah bisuk...union dah bisuk...union dah bisuk...union dah bisuk...union dah bisuk... apa diam jak kelakarlah kedak unsung hero....

    ReplyDelete
  19. hai bloger!!!! sik molah article baru ka pasal comment MTUC??? dah bisuk???

    ReplyDelete
  20. dengar2 ahli union 750 org..
    byr masuk sorang rm5
    rm5x750=rm3750
    yuran bulanan rm10 seorang
    rm10x750=rm7500
    mun 10 bulan rm75000...
    sikkan semua ya nak pakei bayar lawyer...
    tiap2 bulan kah byr lawyer...
    dahlah borang sigek rm5...maka borang photostat paling mahal pun 10sen sekeping...
    dahlah borang sikda nombor siri...bayar yuran sik da resit..pa guna duit yg ada sik pakei beli resit...kelak bila mintak duit balit madah duit dgn nya tok dgn nya ya...nampak ada jak sik jujur dan kurang pengetahuan dlm kerja...sebelum buat sesuatu buat research lok...jgn main kelaka jak...ada akal pakei jgn akal ya di engkah rah tapak kaki...di tinjak drk mpun...harap ke sora jak besa kelaka...pi nak d kelaka kosong....duit yuran ya bg ktk org kuat union ya...ya duit pampasan ktk org...pasya berambus gik dr wd..ngaco org nak gik mauk bekerja jak...

    ReplyDelete
  21. jgn bingung david bekam...aku support kau..cdak union ya nang suka menegak benang yg basah...dah x ada urat malu..emosi gik ya...emosi daknya jak di tauk..emosi org sik tauknya...sikpa sabar jak...TUHAN MAHA ADIL...kelak kita nangga sapa yg kenak...kinek tok pun dah ada tanda2 daknya ngenak drk mpun...

    ReplyDelete
  22. hahahaha..........
    cdak yg dah masok union kinetok dah jadi asuk bisuk n asuk bodoh.............
    tiap-tiap bulan byr cdak percuma jak...........
    tapi x hal juak kan kinetok production dah x byk keja down awal gik............
    ambik gaji buta pakei byr cdak union jak la.....
    bulan 4 tok byr gik tauk x?
    iboh x byr.........
    kelak abg faizal x mampu byr lawyer fee ba...
    hahahahaha..........
    ne 6.5 ko tek?
    hahahahaha............
    harus kinetok ktk org mintak balit duit union ya jak............
    mun WD dah conform x byr pampasan minta ngan union jak cos dah x jadi byr peguam tek......
    walaupun tinggal seringgit 2 pun ok juak pakei ku main holo n sam-tiong dlm production ada untung gik.............
    mun pakei byr union..........
    Andrew LO anok ko STUPID............
    hahahaha............
    mun duit union ya dah hangus x mampu byr balit............
    suruh nenek faizal,mak faizal,bini faizal, anak faizal jadi pelacor jak pakei byr balit kpd pekerja WD yg kesian kena tipu...........
    pekerja WD nang kesian.............
    kenak bulak WD.........
    check check kena bulak oleh union gik........
    kenak ko STUPID gilak sampei kenak bulak 2 kali?
    org kedak ko hidup dlm dunia tok nang USELESS........
    lebih bagus ko bunuh diri jak...........
    tapi............
    nasib baik ku x pernah masok union...........
    alhamduhillah..............hahahahaha.........
    ko dah byr yuran bulanan 3 ngan cdak union ke?
    mun dah byr............
    ku rasa ku ketawa kuat gik.........
    HAHAHAHAHAHA............

    ReplyDelete
  23. Aie, rindu juak kitak orang ngan blogger o...
    Tapi aku rasa kelak ada nya ngeluar news agik, aku pun dah rindu juak ngan nya...mun dapat jatuh cinta aku ngn nya...instinct ku madah, nya akan continue nulis blog tok mungkin kali nya gik molah reserach kah, ngintey dak union ka, molah reference kah...kan issue tok dah makin panas...sapa tauk...strategi nya bah. Dolok aku pun sik terpikir ada blog mcm tok. Now, kira OK lah...at least serba sikit tauk perkembangan sekeliling.

    So, blogger i admire your effort.

    ReplyDelete
  24. To All WD Staff ...........

    Fikir Sejenak......

    WD Swk tutup sbbkan 1500 hilang pekerjaan.(Janitor....pekerja tpksa dikurangkan. Vendor/Supplier.... boleh tutup kedai mun WD jak customer cdak. Senario yang bakal menanti....lom tauk gik bila........

    Menteri2 berkenaan terasa juak kesannya sebab x mampu tarik pelabur asing utk terus melabur di Swk. Kredibiliti sbg wakil rakyat akn dipertikai olh masyarakat Swk. Apa yang cdk dpt polah & hasilnya?

    Action : Suruh WD cari buyer sampe dpt agar pekerja terus ada kerja so sebab ya tarikh tutup kedai ditunda.

    Hasil:
    1. Pekerja tpksa kerja spt biasa,nak chow takut rugi x dpt pampasan yang dijanjikn & yg dah chow grenti x dpt apa2. Wpun smgat bkerja x mcm dolok,turun juak kerja spt biasa sb mun absent x tentu pasal kn buang lg byk cerita.
    Sapa2 yg protes x mok molah kerja,x dpt la nk kata apa sb ya hak individu.

    2. Cdk yg bjaya pstikn pekerja WD Swk ad kerja tlh bjaya dg misi mereka. X ksh sapa buyer,yg penting nasib pkerja WD tbela. Nama mestilah glamer lps tok & faham2 ajak la bila org politik makin glamer....

    Mesti la ada unsur politik juak sebab mun x dpt tolong 1500 org (dah kurang sebab rami dah terima offer kerja lain)maka election akan datang gerenti teruk BN kena oleh pembangkang.
    Banyak jumlah undi ya,lom masuk ahli keluarga serta suku sakat pekerja WD yang dah xda kerja ya kelak. Cidak mesti nyalah kerajaan sebab x dapat nulong pekerja agar dapat terus bekerja.
    Benar sik?

    UNION adalah sah ditubuhkan cum WD jak x mok nya wujud. UNION di WD udah didaftar dan setauk aku ia ditubuh bila segelintir pekerja tidak puas hati dengan pentadbiran WD Sarawak yang tidak adil dsbnya bagi mereka.

    JCC ditubuhkan untuk mengalih perhatian pekerja agar x join UNION. Ada juak pekerja yang kalah saiko oleh kroni2 BOSS WD lalu keluar UNION. Last2 BOSS WD ctok kena reject dolok sbb x dapat jaga pekerja bawahan drp memberontak. Sebenarnya time tok WD Swk dah di hujung tanduk nak tutup sbb US pun factory ney maok UNION wujud sb ngaco daun ajak bg cdak.

    Masa WD Sarawak nak tutup tok la pekerja wajib bersatu agar hak dan kebajikan x kena abai dan hak sebagai pekerja sik diperlekeh cdak WD. Dlm setandan pisang x semua bgus,mcm ya juak ng UNION. Mgkn sorg 2 AJK UNION sik bgs dr segi kerja spt selalu mc,absent,ular dsbnya tp dari segi lain mgkn ny bags. Manusia ad kelebihan & kekurangan,mun perfect bkn org ya....

    Tujuan UNION ditubuhkn adalah untuk perjuangkan hak & kebajikan pekerja agar tidak diabaikan majikan. Kilang mok tutup dan berjanji beri pampasan so mestilah kita kena pastikan janji ya ditunaikan.

    Jika ada pembeli yang sanggup beli kilang dgn pekerja sekali (Kilang Kaya Raya),maka time ni la UNION mesti berperanan sebagai wakil pekerja menjalankan tugasnya.

    1. Hak pekerja terpelihara seperti kebajikan serta kemudahan yang sedia ada dikekalkan.
    2. Tiada penurunan gaji oleh majikan (jaminan 100%) disbbkn masalah ekonomi.
    3. Penurunan pangkat,itu cerita lain sbb ada jg pangkat yang ada tdk setimpal dgn kelayakan yg ada (Bias). Terpulang dg budi bicara majikan yang baru.
    4. Lain2 hal blh bawa bincang la kawan......

    Esok 17 Mac 2009 (Selasa) mendebarkn hati pekerja WD Swk. Sama2 kita tunggu..............

    ReplyDelete
  25. kenapala nak berlindung2 dgn workers, klu ada pa2 ckp je. aku pun trt sakit hati n kesian dgr rintihan korang. sesuatu perlu dilakukan...

    ReplyDelete
  26. yes!!...at last i'm feeling high,high above myself.i'm free.free from "gas chamber" WDs01.now,i hope to be positive for my bright&shinning future ahead of me.wishing my ex-colleagues ALL THE BEST...and no one can change us except OURSELVES.lastly,great to be with all of YOU!!!(you're on the lists...gengs suro,apa crita TEEEKK-pegi@rlek blakang ju-nang aik nya lah-mcam maok di ajar jak-kluar ju-pa gik nya-macis kingkong-anak ikan mulut mirah kah-iboh gia bah-poco poco solo-taste aku-rangkai-liat-cute ada jak-B000000UUSSS-nang tahan-YIPEEE-nunggu nok pulang-nang nya jak jak-should be no problem-sapa nembiak ya-lepas handbreak-NEY NDAK NYAMAN!!!...you know who you are).

    ReplyDelete
  27. MCM NIE TEK O.K.U(ORG KUAT UNION)?DPT PAMPASAN LEBIH KTK ORG TEK??LEBIH BERAPA LEBIH 10SEN NAK...HAHAHA....NIE TEK MDH ORG X UNION X DPT PAMPASAN..APA SEMUA DPT LA...YALAH KTK ORG BARUK 2,3 ARI TRN NAIK LABOUR OFIS DAH NAK KELAKA BUNYI LAWYER...NASIB REZEKI AKU MURAH DPT PAMPASAN KEJA BARU PUN DAH NUNGGU DI LUAR..BERKAT AKU BERSABAR DGN KARENAH KTK ORG...APA GIK ZAYEED MINTAK KEJA CABUT BULU RIMO...X LAMAK DUIT PAMPASAN KAU YA ABIS...NANGGALAH KELAK...AKU BERTERIMA KASIH BAAANYYYYAKKKKK2 DGN SIDAK UNION YG TERLALU OBSES YA..KTK ORG BENA2 MELATIH AKU JD ORG YG BERSABAR...INGATLAH KESABARAN ITU ADALAH KEJAYAAN...BUAT KWN2 MUSLIMS...TOK ADA PERTUA...TIAP KALI LEPAS SOLAT BACALAH AYAT SERIBU DINAR 3X,INSYALLAH MURAH REZEKI...GUD LUCK TO FELLOW FRIENDS....ADIOS..

    ReplyDelete
  28. as i can say the writter of this blog is a bit sick.. because yeah u are criticing an article which is written just to ensure what happen to all the bloody hell stupid staffs like you will be 'look' by some of the minister and what we can say.. they realise lah u people ada masalah. Even SUHAKAM (google kat internet if u dono what does it stand for) not dare to voice your problem and ur right. Betul sik? so u blame mr Johnson Kadam just to show how bloody stupid u are and also i think u dont even read the news. Because he is not reporter of Utusan Sarawak but Eastern Times. T.q .. so memeang layak lah u orang kena buang kerja kan kan kan .. i will convey this msg to Johnson kadam saying and advise him "Jangan Melepaskan Anjing Tersepit"

    ReplyDelete