Showing posts with label The Borneo Post. Show all posts
Showing posts with label The Borneo Post. Show all posts

Tuesday, February 17, 2009

Union Bernafas?

Tajuk: Adakah Persatuan Pekerja WD SO1 Benar-benar Wujud?

Mengenai tajuk di atas, dengan apa yang berlaku kepada semua pekerja sekarang maka saya ingin mempersoalkan sama ada Persatuan Pekerja WD SO1 ini benar-benar wujud atau erti kata lain sebagai satu persatuan pekerja yang diiktiraf berdasarkan undang-undang Malaysia di bawah Undang-undang Pekerja Malaysia?

Dari pemerhatian yang dibuat, jika persatuan pekerja ini benar-benar wujud, di manakah ahli AJK penting persatuan pada malam 16 Febuari 2009 yang lalu? Terutamanya presiden persatuan. Kenapa hingga sampai bantuan polis dipanggil untuk meredakan suasana perbincangan pada malam tersebut? Mengapa rakan seperjuangan kita yang marah telah menjadi mangsa di mana mereka dilabel sebagai ‘perusuh’? Kenapa situasi malam itu berada di luar kawalan?

Jika pekerja-pekerja hendak menyalahkan HB Ong yang bertindak diluar batasan dasar etika sebagai golongan profesional, maka kita sepatutnya sebagai pekerja WD memang telah sedia maklum dengan sifat-sifat pihak atasan kita yang memang dari dahulu tidak mengamalkan sifat yang bermoral. Penipuan, bercakap bohong, mungkir janji dan manipulasi memang sudah menjadi kepakaran dan darah daging mereka. Saya rasa dalam majority pekerja SO1 bersetuju dengan pendapat di atas. Tetapi sekiranya persatuan ini benar-benar wujud serta diiktiraf, rakan kita tidak akan dianggap ‘perusuh’ atau ‘perosak’ komuniti pekerja SO1. Ini kerana jika persatuan ini sudah diiktiraf, maka pihak persatuan mempunyai kuasa untuk masuk campur urusan pihak pengurusan yang mana hak-hak pekerja harud ditegakkan oleh mereka.

Selain itu pada 17 Febuari 2009, kesemua pekerja seharusnya telah diwakilkan oleh pihak persatuan mana mereka dianggap mempunyai kuasa untuk bersuara secara sah, tetapi di manakah mereka?

Wahai rakan-rakan seperjuangan, saya betul-betul keliru dan kecewa kerana saya di antara salah seorang pekerja yang menerima sepucuk surat atau notis perjumpaan yang dianjurkan oleh pihak persatuan untuk membincangkan hal pakej VSS dan peluang pekerjaan yang bertempat di Rajah Court pada 26 Febuari 2009 (sila lihat lampiran). Bila dibaca dengan teliti, En. Zayeed yang merupakan pemangku Setiausaha ada menyatakan dalam surat/notis tersebut bahawa Persatuan Pekerja WD SO1 telah Berjaya ditubuhkan secara rasminya. Makin mengelirukan, di manakah mereka pasa saat-saat genting pada masa MEMO dikeluarkan pada 16 Febuari 2009 pada 4.18 petang? Kenapa situasi malam 16 Febuari 2009 lalu tidak ada wakil yang tampil sehingga keadaan menjai kelam kabut? Dan masih juaga tiada wakil persatuan yang kelihatan yang membela nasib pekerja-pekerja semasa sesi komunikasi antara pekerja dengan pihak atasan yang dijalankan secara berperingkat, sehinggakan kesemua pekerja terlibat ditawarkan surat/notis yang berkehendakkan mereka menandatangani surat/notis tersebut? Saya rasa kekeliruan dan kekecewaan saya ini juga dirasa oleh semua pekerja yang terlibat.
Tujuan saya di sini bukan hendak mengeruhkan keadaan tetapi saya di antara pekerja yang berhak dibela sekiranya memang ada kewujudan persatuan pekerja ini. Ingin saya mengutarakan di sini kepada pihak persatuan supaya bertindaklah sewajarnya, dengan cepat dan telus. Belalah nasib pekerja kita dan bersatulah antara kita supaya pihak atasan atau yang berkenaan tahu apa yang ingin disuarakan oleh para pekerja. Siapa? Pilihannya adalah di antaranya ialah PIHAK ATASAN/PENGURUSAN WD, JABATAN TENAGA RAKYAT, JABATAN BURUH, BADAN PENCEGAH RASUAH, KERAJAAN NEGERI SARAWAK, PIHAK WARTAWAN, AHLI-AHLI POLITIK, walaupun sehingga ke tangan PM atau TIMBALAN PM MALAYSIA sekalipun jika terpaksa. Tepuklah dada tanya selera. Tapi yang pasti semua harapan pekerja-pekerja umpama ‘embun dihujung tanduk’. Tetapi apa yang pasti para pekerja pasti berpuas hati sekiranya usaha ini dapat dilaksanakan dengan segera